

PERANAN & FUNGSI
Peranan & Fungsi
-
Melaksana dan merealisasikan Fungsi Utama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka melalui 3 E :
-
Educations (Pendidikan)
-
Enforcement (Penguatkuasaan)
-
Engineering (Kejuruteraan)
-
-
Merancang dan melaksanakan aktiviti / program bagi meningkat kesedaran pengguna jalan raya sepanjang tahun
-
Seminar Ceramah
-
Kempen
-
Pameran
-
Pertandingan (Melukis / Pidato / Pendidikan Lalulintas)
-
-
Mengadakan Kempen dan Klinik Keselamatan Jalan Raya di Peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Shell Malaysia.
-
Mengadakan Ceramah / Pameran / Kempen di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta , Kilang kilang, Kem-Kem Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ), Jabatan dan Agensi Kerajaan dan swasta.
-
Mengadakan Ceramah / Pameran dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Peringkat Parlimen , Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dan peringkat Kampung dengan kerjasama JKKK.
-
Mengadakan Kempen bersama Jabatan dan wakil ADUN kawasan di jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya di Daerah Melaka Tengah , Alor Gajah dan Jasin.
-
Merancang , mengurus dan memantau penguatkuasaan kesalahan pengguna jalan raya setiap kali selepas kempen dan Ceramah Keselamatan jalan raya diadakan.
-
Bekerjasama dan terlibat dalam Operasi Bersepadu anjuran Ibu Pejabat Polis Kotinjen Negeri Melaka cawangan Trafik melibatkan anggota Sukarelawan MKJR seramai 15 orang.
-
Mengenal pasti dan memantau lokasi jalan-jalan Black Spot , iaitu jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya melibatkan kes Kemalangan Maut , Kematian , Kecederaan Parah dan Kecederaan Ringan.
-
Menerima aduan pengguna jalan raya , memantau dan mengambil tindakan perkara berkaitan kerosakan jalan jalan raya dan kerosakan Lampu Isyarat dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan pekerja di jalanraya.
-
Menyediakan Laporan Kemalangan Jalan Raya dan maklum balas untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN).
-
Mengadakan Program Bersepadu Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Rendah Negeri Melaka bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.