

AKTIVITI
Mesyuarat Berkaitan Kajian Lampu Isyarat Di Seluruh Negeri Melaka .

Mesyuarat Berkaitan Kajian Lampu Isyarat Di Seluruh Negeri Melaka bertarikh 24 Ogos 2016 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Bentara, Aras 6 Blok Bentara Seri Negeri bersama JKR Melaka Jkr Melaka Tengah JKR Elektrik, Melaka Jkr Jasin JKR Alor Gajah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Majlis Perbandaran Jasin Majlis Perbandaran Alor Gajah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar PPK Technology
Menziarahi SU MKJR sebelum beliau berangkat ke Makkah menunaikan rukun islam ke-5

Menziarahi SU MKJR sebelum beliau berangkat ke Makkah menunaikan rukun islam ke-5. Semoga beliau selamat pergi dan pulang. Amin. Bertarikh 23 Ogos 2016 di rumah beliau Hutan Percha, Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Melaka Safety Ride Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Melaka Safety Ride Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 bertarikh 10 Ogos 2016 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Bentara, Aras 6 Blok Bentara Seri Negeri bersama Jpj Negeri Melaka Ipk Melaka JPAM Melaka JKR Melaka@BCNC
Operasi Bersepadu Bersama SPAD

Operasi Bersepadu SPAD bertarikh 19 Julai 2016 jam 3.00 petang bertempat di RnR Jejantas Ayer Keroh. Agensi terlibat MKJR, PDRM, JPJ, AADK, JAS , PLUS dan PUSPAKOM.
Perbincangan Berkaitan Pemasangan Lampu Isyarat Di Bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh,
Melaka.

Perbincangan Berkaitan Pemasangan Lampu Isyarat Di Bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka bertarikh 19 Julai 2016 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Bentara, Aras 6 Blok Bentara Seri Negeri.
Majlis Perlancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari raya Aidilfitri

Majlis Perlancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2016 anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka dengan kerjasama PDRM, JPJ, SPAD, AADK, JBPM, JPAM, JKR, Jabatan Penerangan Melaka, JKN, MelakaFM, MBMB, MPAG, MPJ, MPHTJ, Unit Protokol & Istiadat JKMM, Dan PLUS bertarikh 2 Julai 2016; bertempat di Plaza Tol Ayer Keroh. Semua pihak yang terlibat telah bekerjasama membuat advokasi dan kempen kepada semua pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol Ayer Keroh. Selain dari itu, pengguna jalan raya juga diberi cenderamata dan kuih raya sebagai simbolik musim perayaan. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron; Ketua Menteri Melaka.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) Negeri Melaka

Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Negeri Melaka , Sempena Hari Raya Aidilfitri dengan kerjasama AADK, JPJ, PDRM, Imegeresen dan Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh 1 Julai 2016, Jam 9.00 Malam, bertempat di Melaka Sentral Melaka. Pihak MKJR ,SPAD, AADK, dan Imegeresen telah memberi khidmat nasihat kepada pemandu bas ekspress yang akan memulakan perjalanan ke Utara dan Pantai Timur. Di samping itu pihak SPAD telah membuat kajian tahap kepuasan penumpang terhadap perkhidmatan pengangkutan awam.
When?
1 July 2016
Where?
Melaka Sentral, Melaka.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Perlepasan Rasmi Anggota Markas 3 Divisyen Dan 10 Briged Para Kem Terendak

Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Perlepasan Rasmi Anggota Markas 3 Divisyen dan 10 Briged Para Kem Terendak Melaka untuk pulang bercuti Sempena Hari Raya Aidilfitri di sempurnakan Oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Hasagaya Bin Abdullah dan Setiausaha MKJR Melaka, Encik Ghafar Bin Misdar bertarikh 1 Julai 2016, Jam 9.00 pagi, bertempat di padang Pavilion Kem Terendak Melaka.
When?
1 July 2016
Where?
Padang Pavillion Kem Terendak, Melaka.
Operasi Khas Motosikal Dan Bersepadu Sempena OPS Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016.

Operasi Khas Motosikal Dan Bersepadu Sempena OPS Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 anjuran JPJ Melaka dengan kerjasama MKJR, PDRM, AADK, dan JKJR, bertarikh 30 Jun 2016, jam 9.00 malam, bertempat di Jalan Tanjung Laboh , Kota Laksamana, Melaka.
When?
30 Jun 2016
Where?
Jalan Tanjung Laboh, Kota Laksamana, Melaka.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Belia Jeperun Rim Sempena Hari Raya Aidilfitri.

Program Agihan Bubur Pulut Hitam dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Belia Japerun Rim Sempena Hari Raya Aidilfitri bertarikh 30 Jun 2016, Jam 3.00 petang, berhadapan Pasaraya Ten Ten. Pihak Belia Japerun Rim mengedarkan bubur pulut hitam kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, pihak MKJR telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang melalui Jalan Hj. Md Yasin, Jasin.
When?
30 Jun 2016
Where?
Pasaraya Ten Ten
Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri bertarikh 28 Jun 2016, Jam 3.00 petang, bertempat di hadapan Balai Bomba Tangga Batu. Pihak Aadk Negeri Melaka mengedarkan bubur lambok kepada pengguna jalan raya . Di samping itu, pihak MKJR telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang melalui hadapan Balai Bomba Tangga Batu
When?
28 Jun 2016
Where?
Balai Bomba Tangga Batu.